Lebih 20 keluarga Orang Asli di Kampung Kelaik, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan mendakwa penerokaan tanah berskala besar menyebabkan perkampungan mereka semakin terhimpit.<br /><br />Orang Asli Kampung Kelaik mendakwa, penempatan mereka semakin mengecil apabila dikelilingi dengan aktiviti perladangan durian, kelapa sawit dan perlombongan.
